Artikel

Subsidi Bersasar Gula, Beras Dan Minyak Masak Akan Diteliti Secara Berfasa – MOF

Setelah merealisasikan penyasaran subsidi bahan api di bawah program Budi RON95 – kerajaan Malaysia memaklumkan akan meneliti penyasaran subsidi melibatkan brangan asas seperti gula, beras dan minyak masak secara berfasa pada pasaran negara kelak. 

Makluman ini menurut notis Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen hari ini – bertujuan untuk memastikan manfaat subsidi bersasar benar-benar disediakan untuk kumpulan pengguna yang memerlukan, di samping dapat memastikan tiada lagi ketirisan subsidi berlaku.

Langkah itu bagaimanapun akan diteliti dengan lebih terperinci sebelum direalisasikan. Setakat ini keutamaan penyasaran subsidi tertumpu kepada bahan api seperti diesel dan RON95 sebelum diperluaskan ke kategori yang lain.