Sebanyak 26 buah syarikat kini berdepan penalti RM97.3 juta susulan digugat dengan isu kartel penipuan bidaan membabitkan tender bernilai RM540.72 juta.
Pengenaan denda oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ini memperlihatkan berlakunya peningkatan ketara pada aktiviti karte; penipuan bidaan di pasaran semasa. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),selain pengenaan itu kini terdapat 14 lagi kes serupa melibatkan 563 buah syarikat yang sedang diteliti, dengan anggaran nilai tender mencecah RM2.7 bilion.
Maka ke arah mewujudkan ekosistem pasaran Malaysia yang lebih berdaya saing dan sihat, KPDN mengumumkan langkah pengukuhan akan dilaksanakan kelak. Mulai tahun 2026, MyCC akan memperluaskan penguatkuasaan untuk membanteras kartel penipuan bidaan dalam sektor swasta, setelah pemantauan yang sebelum ini hanya fokus pada tender perolehan kerajaan semata.
Usaha itu sekaligus akan menambahbaik tahap integriti pasaran kalangan pemain ekonomi dan melindungi kepentingan pengguna secara berkala di pasaran hadapan.