Malaysia kini telah mencapai 51% sasaran, iaitu telah memiliki 5,149 titik pengecas kenderaan elektrik (EV) pada pasaran semasa. Jumlah ini menurut Kementerian Pelaburan (MITI) meliputi 1,709 unit pengecas adalah jenis DC (direct current), dan 3,440 unit pula adalah jenis AC (alternating current).
Prestasi ini bagaimanapun kekal di bawah sasaran, MITI pada notis lisan Parlimen menjelaskan pencapaian menunjukkan terdapat perubahan pada corak penggunaan kalangan pemilik EV di Malaysia. Di mana kumpulan ini cenderung untuk menggunakan khidmat pengecas pantas (fast charger). Susulan ia memiliki tempoh mengecas bateri EV yang lebih singkat berbanding pengecas AC, namun kekal tertakluk kepada tahap kapasiti bateri dan kuasa pengecas.
Ini sekaligus menunjukkan pengecas DC menjadi pilihan pengguna untuk tindakan pengecasan pastas bagi perjalanan jarak jauh dan ketika di lebuhraya. Maka tidak hairanlah sekiranya unit DC kini mencapai 1,709 unit berbanding jangkaan awal 1,500 unit – berlakunya pertambahan 114%.
Namun infrastruktur DC memiliki cabaran dari aspek kos yang lebih tinggi, situasi ini memerlukan pelaburan yang besar pada infrstrutkur pengecas tersebut. Malah isu polisi kelulusan pembangunan pengecas juga dilihat menjadi aspek pembangunan pengecas lebih perlahan. Susulan tempoh kelulusan mengambil masa lebihi 6 bulan bersama pihak kepentingan seperti ST, TNB dan agensi terlibat.