Artikel

Bank Negara Kini Teroka Penggunaan Tokenisasi – Seru Rakyat Kongsi Cadangan

Dalam usaha mewujudkan pelan hala tuju perkhidmatan kewangan yang selamat dan memiliki pembangunan yang mampan – Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam tindakan meneroka penggunaan tokenisasi pada pasaran semasa – meliputi pengurusan secara menyeluruh secara individu, perniagaan mahupun pasaran negara.

Selaras dengan langkah itu, BNM kini mengemukakan kertas perbincangan mengenai tokenisasi aset dalam sektor kewangan, bertujuan meraih maklum balas orang awam untuk merangka pendekatan pengawalseliaan tokenisasi dalam sektor kewangan Malaysia.

Oleh itu, orang awam kini diseru untuk beersama memberi maklum balas bertulis dengan cadangan khusus berhubung penggunaan tokenisasi. Semua maklum balas tersebut boleh dikemukakan melalui emel [email protected] selewatnya pada 1 Mac 2026 kelak.