Bermula Disember 2025 ini, AirAsia X akan dijenamakan semula kepada AirAsia Group di mana akan memperlihatkan seluruh segmen penerbangan akan disatukan di bawah teras ini.

Jelas Tony Fernandes, pada sidang rasmi hari ini AirAsia Group akan beroperasi sebagai satu entiti dengan strategi yang berteraskan kepada pelbagai megahab utama di seluruh rantau ini, dan tidak lagi bergantung kepada satu pasaran utama sahaja.
Visi kumpulan ini adalah untuk menjadi syarikat penerbangan rangkaian kos rendah pertama di dunia yang menggunakan pesawat badan sempit. Pendekatan ini akan meningkatkan kesalinghubungan bagi para tetamu, mengoptimumkan penggunaan pesawat, mengurangkan kos seunit, serta membuka ruang kepada pertumbuhan baharu.
Sementara Capital A pula akan menumpukan usaha kepada pengembangan lima syarikat pelancongan dan digitalnya yang berpotensi tinggi serta berdaya pertumbuhan pesat. Ini meliputi ADE, Teleport, Santan, AirAsia MOVE dan AirAsia NEXT.