Artikel

Abc. Akan Dinamakan AirAsia NEXT – Fokus Segmen Digital, AI

Memasuki fasa akhir dalam menstrukturkan semula operasi kumpulan dan menamatkan status PN17 menjelang Disember 2025 – Capital A kini memaklumkan antara agenda yang akan direalisasikan mereka adalah menamakan semula segmen Abc. kepada AirAsia NEXT.

Di mana segmen ini tidak sekadar mengfokuskan kepada perihal pengurusan jenama, perlesenan harta intelek tetapi turut akan diperluas kepada teknologi digital, kriptowang dan kecerdasan buatan (AI).

Biarpun tidak memperincikan perluasan fokus segmen tersebut Tony Fernandes memberi petunjuk awal antara sub di bawah AirAsia NEXT adalah BigPay. Tindakan ini sekaligus memberi petunjuk akan jejak Capital A pada pasaran hadapan selari dengan tumpuan ekonomi Malaysia pada sokongan ekonomi digital.

Selain AirAsia NEXT, Capital A optimis untuk terus mengembangkan cabang segmen lain merangkumi ADE (kejuruteraan), Teleport (logistik), AirAsia MOVE (platform pelancongan), dan Santan (perniagaan makanan dan minuman).