Artikel

MAE Rai Ulang Tahun Ke-5 – Umum Naikkan Had Dompet Kepada RM20,000 Mulai 2026

Bersempena sambutan ulang tahun kelima operası hari ini, MAE aplikasi Maybank kini memperlihatkan pencapaian yang membrangsangkan pada pasaran Malaysia – dengan kini memiliki 10.7 juta pengguna.

Lebih menarik, tahukah anda dengan sokongan MAE sejak 2020 – Maybank kini mengendalikan lebih RM4 trilion transaksi digital. Angka ini secara jelas mewakili dua kali ganda KDNK Malaysia.

Malah berdasarkan perkongsian pada sidang media hari ini – MAE dilihat terus menjadi pilihan aplikasi perbankan kalangan kebanyakkan rakyat Malaysia, dengan 9 dari 10 pengguna akan menggunakannya setiap hari untuk keperluan pelbagai khidmat kewangan. 

Antaranya didapati sekitar 8 juta tabung MAE telahpun dibentuk oleh pengguna semasa,  ini menunjukkan tahap keyakinan pengguna menjadikan MAE sebagai medium simpanan adalah tinggi. Dan hasil pengenalan ciri Kill Switch setakat Januari 2025 didapati sejumlah 87,000 akaun bank pengguna berjaya dilindungi hasil ciri tersebut dari sebarang  aktiviti mencurigakan.

Prestasi ini sekaligus mencerminkan komitmen Maybank dalam meningkatkan kualiti khidmat kewangan digital mereka bersama pengguna Malaysia. Berteraskan matlamat itu, untuk tahun 2026 dan mendatang Maybank memaklumkan terdapat pelbagai ciri baharu akan dilaksanakan, antaranya adalah:

  • Ciri ASNB – Pengguna kelak boleh daftar akaun di MAE (sasaran Januari 2026)
  • Ciri Future Order – akan diterapkan pada akses pelaburan di bawah Maybank Global Access Account-i (sasar bermula November 2025) dan Gold Account-i (sasaran April 2026)
  • Ciri Insurans Mikro – untuk pemain PMKS (sasar suku pertama 2026)
  • Had Jumlah MAE akan dinaikkan kepada RM20,000 (sasaran 2026)

Berbalik kepada sambutan 5 tahun hari ini, bermula 30 Oktober sehingga 31 Januari 2026, pengguna boleh menikmati pulangan 5% setahun apabila mendepositkan minimum RM200 ke dalam MAE Wallet. Dan untuk menikmati pulangan tersebut yang dikira secara harian, pengguna hanya perlu mendepositkan dana dan memasukkan rujukan penerima ‘MAETurns5’ sebelum 30 November 2025.