Hasil pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Malaysia menjangkakan kajian rangka tindakan dalam menumpukan pembangunan pelaburan dan data akan selesai pada suku pertama 2026.
Dengan komitmen yang dikongsikan pada sidang Parlimen hari ini, kedua negara menjangkakan sebanyak 50 projek berimpak tinggi akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya 100 projek dalam masa 10 tahun mendatang.
Menerusi usaha itu disasarkan sekurangnya 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dapat dibentuk dalam tempoh tersebut. Untuk prestasi semasa, sejumlah RM37.1 bilion nilai pelaburan telah diluluskan kerajaan di lokasi Zon Ekonomi Khas JS-SEZ untuk separuh pertama 2025. Di mana sejumlah RM24 bilion melibatkan pelaburan pada sektor perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi. Diikuti RM13 bilion pula pelaburan melibatkan arena pembuatan seperti petroleum dan petrokimia.