Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan sesi persekolahan untuk Kalendar Akademik Tahun 2026 akan kembali bermula pada bulan Januari.
Makluman ini bermakna Sekolah Kebangsaan dan Sekoah Bantuan Kerajaan pada sesi 2026 akan memulakan sesi pendidikan mereka pada 11 Januari sehingga 31 Disember 2026. Tarikh 11 Januari 2026 itu bagaimanapun tertakluk untuk kategori sekolah Kumpulan A iaitu negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara sekolah pada kategori Kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan mereka pada tarikh 12 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026. Kumpulan B mewakili negeri di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, KL, Labuan dan Putrajaya.
Selain makluman ini, KPM turut memaklumkan sesi persekolahan tahun 2027 turut akan bermula pada Januari dengan sasaran tarikh pembukaan pada 4 Januari 2027 secara seragam untuk kumpulan A dan B. Dengan pengumuman tersebut diharap kumpulan penjaga dan ibu bapa lebih bersedia akan pelaksanaan persiapan barangan persekolahan pelajar untuk sesi hadapan kelak.