Artikel

China Secara Puratanya Rekod Seorang Maha Kaya Setiap Hari – Pada Tahun 2024 

China terus menjadi negara yang sering menempa rekod baharu tidak mengira dalam apa jua segmen mahupun bidang ekonomi. Berdasarkan data Senarai Kaya China Hurun terkini, terdapat penambahan 340 individu yang memiliki kekayaan minimum 5 bilion yuan (sekitar $702 juta) pada 2024, menjadikan jumlah keseluruhan individu dalam kategori ini mencecah rekod baharu  iaitu kepada jumlah menyeluruh seramai 1,434 individu maha kaya.

Melihat pada jumlah itu, ini bermakna secara purata China merekodkan seorang individu maha kaya pada setiap hari sepanjang tahun lalu.

Data laporan Hurun ini menjelaskan hasil kekayaan kumpulan ini telah membawa kepada nilai 30 trilion yuan iaitu melonjak 42% berbanding tahun 2023. Sebahagian besar pertumbuhan ini dijelaskan hasil penyertaan pemain industri pada segmen ekonomi baharu seperti teknologi, kenderaan elektrik (EV), dan bioteknologi. 

Mengikut laporan senarai, secara menyeluruh Zhong Shansan peneraju air botol Nongfu Spring mendominasi kedudukan selaku individu terkaya di China dengan nilai kekayaannya melonjak 56% kepada 530 bilion yuan. Kedudukan ini sekaligus mengatasi pengasas ByteDance dan pemilik TikTok iaitu Zhang Yiming pada tangga kedua dengan nilai kekayaan 470 bilion yuan.