Artikel

Maybank Kenakan Caj 8% SST Ke Atas Sebilangan Perkhidmatan – Mulai Oktober Ini

Selaras dengan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pentadbiran Malaysia, Maybank mulai 1 Oktober lalu telahpun mula mengenakan caj SST 8% ke atas sebilangan perkhidmatan kewangan mereka bersama pengguna Malaysia.

Jelas Maybank, caj SST ini tidak akan dikenakan ke atas fi dan caj yang berkaitan dengan deposit, pengeluaran, pemindahan, pembayaran bil, atau pengendalian akaun semasa dan simpanan. Maka bagi memudahkan pemahaman semua pengguna, ini antara senarai perkhidmatan yang akan berdepan caj SST 8% Maybank:

  • Gadai Janji: caj pengeluaran semula – RM25 setiap transaksi
  • Gadai Janji: caj pengeluaran KWSP – RM10 setiap transaksi
  • Permintaan penyata pinjaman Gadai Janji
  • Permintaan salinan dokumen Gadai Janji
  • Kiriman Wang – RM27
  • Langganan saham secara ATM/CDM/MIH melalui ESA – RM1
  • Pindahan dana secara atas talian ke luar negara – RM10
  • Pertukaran duit syiling per beg RM400 – dikenakan RM8 setiap beg
  • Komisen IBG – 0.10% sebulan (minimum RM100)
  • Salinan sales draft semua jenis kad – RM15 setiap salinan
  • Permintaan salinan penyata kad – berbeza amaun tertakluk kepada tempoh
  • Penyata salinan bulanan – RM1
  • Caj ganjaran keahlian kad – RM100

Selain senarai sedemikian, pengguna Maybank digalakkan untuk merujuk kepada bahagian FAQ untuk memahami senarai penuh perkhidmatan Maybank yang akan berdepan caj SST 8%. Semua pihak boleh layari pautan Senarai SST 8% Maybank untuk tindakan lanjut.