Artikel

Pas Perjalanan Rapid Dijenamakan Semula, Guna Bahasa Melayu Sepenuhnya – Mulai 1 Nov Ini

Prasarana Malaysia Berhad hari ini secara rasminya mengumumkan penjenamaan semula 6 pas perjalanan utama pengangkutan awam di Malaysia dengan nama baharu dalam Bahasa Melayu – berkuatkuasa 1 November 2025 ini.

Penjenamaan semula ini untuk makluman akan memperlihatkan perubahan nama pas utama:

  • Rapid Kembara (dahulunya Pas MyTourist)
  • Rapid Kota (dahulunya Pas MyCity)
  • Rapid Mesa (dahulunya Pas OKU Smile)
  • Rapid Kelurga (dahulunya Pas Keluarga Malaysia)
  • Rapid Pelajar (dahulunya MyRapid Pelajar)
  • Rapid Emas (dahulunya MyRapid Warga Emas)

Pengenalan yang dikongsikan ketika acara Santai Bersama Rapid KL 2.0 yang berlangsung di perkarangan Stesen Taman Perindustrian Puchong ini – tidak sekadar memperbaharui visual pas selari dengan agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 tetapi juga merupakan strategi penting untuk perkukuh identiti jenama Rapid agar lebih dekat di hati rakyat serta mudah difahami oleh pengguna.

Selain pengumuman itu, Prasarana harini turut melancarkan #RakanRapid menandakan langkah baharu dalam pendekatan komunikasi jenama Prasarana. Di mana pengguna dapat melihat terdapat pengenalan sekumpulan watak di bawah #RakanRapid – yang mencerminkan pelbagai latar belakang pengguna pengangkutan awam; daripada pelajar, pekerja profesional dan pencinta budaya, sehinggalah kepada keluarga, warga emas serta individu berkeperluan khas.