Kajian Sentimen Pengguna Vodus Research 2025 kini mendedahkan status kewangan penduduk di Malaysia pada tahun ini dilihat lebih mengukuh berbanding tahun 2024 – namun kedudukannya kekal berisiko akan tekanan semasa.
Kedudukan ini mengikut tinjauan adalah kesan pendekatan penggunaan wang yang lebih berhati-hati oleh penduduk negara. Di mana tahun 2025 memperlihatkan pengguna Malaysia lebih mengfokuskan kepada isu kecemasan, kesejahteraan keluarga dan keperluan komitmen bulanan. Dengan pendekatan ini, ia sekaligus dapat memastikan aliran tunai kekal stabil tanpa berdepan kekurangan wang.

Kebimbangan ini didorong kesan ketidaktentuan pasaran semasa. Berdasarkan kajian, terdapat 5 kebimbangan utama yang didapati menjadi keutamaan penduduk Malaysia, antaranya adalah:
- Ekonomi yang tidak stabil (25 tahun-44 tahun)
- Kesihatan, kebahagiaan keluarga (55 tahun ke atas)
- Penjagaan dan ketenangan diri (55 tahun ke atas)
- Isu kewangan peribadi (35 tahun-44 tahun)
- Tahap inflasi (25 tahun-34 tahun)

Faktor ini dilihat penting dalam memastikan aliran perbelanjaan kekal terkawal dan menunjukkan semakin ramai penduduk negara lebih peka akan perkembangan ekonomi serta kesannya terhadap kuasa tunai individu.