Dalam mengukuhkan tahap ketelusan bagi pengendalian rayuan akaun bank ditutup – Bank Negara Malaysia (BNM) kini mewajibkan institusi kewangan untuk mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun yang terlibat bagi tindakan penutupan akaun bank mereka.
Makluman Kementerian Kewangan (MOF) ini bertindak balas kepada persoalan di sidang Parlimen akan langkah kerajaan dalam memperkemaskan koodinasi antara bank, BNM dan agensi penguatkuasa untuk percepatkan proses rayuan akaun bank yang ditutup atas pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Perngubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Jelas MOF, notis ini penting untuk memaklumkan kepada pengguna terlibat berkenaan sebab tindakan sedemikian. Notis tersebut perlu menerangkan hak pemegang akaun untuk kemukakan rayuan, dengan melampirkan saluran rayuan bersama tempoh serta proses yang akan dilaksanakan.
Dengan keperluan ini, ia kekal melindungi hak pemegang akaun daripada tindakan penutupan akaun bank mereka secara sewenangnya.