Pos Malaysia kini memperkenalkan pilihan pembayaran nirtunai untuk perkhidmatan Tunai Semasa Serahan (COD), menggunakan kemudahan DuitNow QR. Inisiatif terbaharu ini membolehkan rakyat Malaysia melunaskan bayaran bungkusan mereka secara mudah tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Melalui kerjasama dengan Fiuu dan Payments Network Malaysia (PayNet) ini, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR bersama penghantar Pos Malaysia. Perkara ini dijelaskan disokong penuh di peringkat operasi dengan lebih 6,000 penghantar Pos Malaysia di seluruh Malaysia kini telah dilengkapi akses menerima bayaran COD secara DuitNow QR.
Dengan kemudahan itu, ia akan membantu mengurangkan isu pengendalian tunai secara manual, masalah pertukaran baki wang serta risiko kehilangan dan kecurian wang.