Selaras dengan matlamat negara unuk menambahbaik prasarana pertanian semasa – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kini memanfaat sokongan teknologi dengan merancang perkenalkan Rakan Tani Pintar AI, iaitu pembantu digital buat kumpulan pesawah.
Medium itu dijelaskan boleh diakses melalui aplikasi WhatsApp BERNAS di mana kumpulan pesawah perlu melengkapkan maklumat asas sawah mereka – melibatkan keluasan lot, lokasi, varieti padi yang ditanam serta usia tanaman.
Dengan maklumat sedemikian sistem dijelaskan akan menyesuaikan keperluan maklumat kepada pesawah untuk meningkatkan kecekapan penanaman mereka serta mengemaskini akan sebarang risiko seperti perubahan cuaca di lokasi berkaitan. Lebih menarik, sistem turut akan bertindak memberi cadangan berkaitan penggunaan baja, kawalan penyakit serta jadual kerja sawah untuk meningkatkan tahap produktiviti.
Untuk peringkat awal, Rakan Tani Pintar AI ini akan laksana ujian rintis bersama kumpulan pesawah terpilih selama 10 minggu sebelum dilancarkan secara menyeluruh pada awal tahun 2026.