Artikel

Bank Negara Dan JKSM Bincang – Sita Wang Simpanan Bekas Suami Yang Culas Bayar Nafkah

Berhubung tindakan menyekat akaun bank, pihak berkuasa kini dalam semakan untuk mengambil tindakan menyita wang simpanan bekas suami yang culas membayar nafkah di Malaysia. 

Makluman ini dikongsikan Datuk Dr Mohd Na’im, Menteri Hal Ehwal Agama pada sidang Parlimen hari ini dengan menjelaskan tindakan itu sedang diteliti Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama Bank Negara Malaysia (BNM).

Pelaksanaan ini disemak bagi membolehkan ia dijalankan di bawah perintah Mahkamah Syariah.

Selain pertimbangan tersebut, pelbagai pendekatan turut diterapkan untuk memastikan tanggungjawab pemberian nafkah ini dipenuhi dengan pelbagai program kesedaran bersama kumpulan penjaga, keluarga dan waris.

Tindakan itu juga diperkukuhkan bersama LHDN, JPJ, SSM, PERKESO serta JPN bagi memiliki data yang lengkap untuk menjejaki pihak terlibat bagi melunaskan tanggungjawab mereka.