Sebelum memulakan peraturan baharu kadar saman trafik pada 2026 – kerajaan kini memaklumkan akan menawarkan diskaun sehingga 70% saman trafik kepada pengguna di Malaysia mulai 1 November 2025 sehingga 31 Disember 2025.
Penawaran potongan kadar saman ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melunaskan saman mereka sebelum dasar peraturan baharu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026 kelak.
Insentif diskaun di bawah PDRM dan JPJ ini dijelaskan tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaunkan (NC) seperti ketiadaan insurans, lesen kenderaan motor (LKM) dan pemaparan LKM palsu.
Setelah fasa diskaun ini selesai, maka pelarasan kadar kompaun trafik ini akan diseragamkan mulai 1 Januari 2026. Keperluan ini penting untuk memastikan penawaran diskaun lebih adil dapat dilaksanakan khususnya buat pengguna yang membayar saman tepat pada masanya. Antara pelarasan kadar kompaun yang dijelaskan pada sidang petang ini adalah:
- Pesalah trafik akan terima potongan 50% – sekiranya membayar saman antara 1-15 hari
- Pesalah trafik akan terima potongan 33% – sekiranya membayar saman antara 16-30 hari
- Pesalah trafik perlu menjelaskan maksimum saman RM300 – jika bayar antara 31-61 hari
- Selepas hari ke-61 – Pesalah trafik berisiko disenaraihitam