Kesan tindakan penyalahgunaan sokongan AI dan berlakunya aktiviti penipuan secara atas talian yang dilihat terus berleluasa pada pasaran Malaysia – kerajaan kini merancang mengehadkan 2 kad SIM bagi setiap penyedia telekomunikasi, pada setiap rakyat Malaysia.
Pertimbangan yang dikongsikan pada sidang Parlimen hari ini menjelaskan – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tindakan tersebut. Berikutan sejak 2017 – setiap rakyat Malaysia dibenarkan untuk memiliki 5 kad SIM prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi di pasaran semasa. Kelonggaran itu sekaligus meningkatkan lagi risiko penyalahgunaan identiti kalangan pengguna negara.
Maka untuk menangani isu tersebut, kerajaan kini bercadang jumlah pendaftaran kad sim bagi setiap syarikat telekomunikasi dikurangkan kepada 2 kad sim bersama pengguna Malaysia – tindakan ini termasuklah cadangan mengehadkan warga asing hanya boleh memiliki 2 kad SIM prabayar sahaja untuk jumlah menyeluruh berbeza dengan rakyat Malaysia yang miliki kuota untuk setiap penyedia.
Setakat ini difahamkan terdapat 12 syarikat telekomunikasi berlesen sedang beroperasi di Malaysia – menjadikan jumlah perolehan kad sim sekitar 24 bagi setiap rakyat Malaysia. Jelas kerajaan, cadangan itu kini diperingkat siasatan awam sehingga akhir November 2025 kelak. Setelah selesai, MCMC menjangkakan polisi baharu sedemikian dapat direalisasikan pada suku pertama 2026 kelak.