Artikel

Airbnb Akan Perluas Akses “Tempah Sekarang, Bayar Kemudian” Buat Pengguna – Mulai 2026

Setelah melancarkan akses ini di pasaran terpilih Amerika Syarikat (AS) – Airbnb, platform penawaran rumah persinggahan atau inap desa kini dalam perancangan untuk meluaskan ciri Tempah Sekarang, Bayar Kemudian kepada semua penggunanya di seluruh dunia. 

Perluasan tempahan penginapan yang lebih fleksibel ini dijangka dapat dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun 2026. 

Ciri ini menurut Airbnb adalah hasil tinjauan kumpulan ke atas permintaan pengguna di seluruh dunia. Yang mana 60% pengguna akui lebih memilih pembayaran yang fleksibel berbanding pilihan pembayaran tempahan yang terhad. Akses ini dilihat tidak sekadar memboleh pengembara menempah penginapan tanpa pembayaran segera tetapi ia dilihat sesuai untuk perjalanan buat pengguna berkumpulan dan yang memiliki bajet terhad.

Untuk peringkat awal, hanya pengguna terpilih akan mula meraih akses tersebut sebelum Airbnb memperluaskan ia secara menyeluruh pada 2026. Dan makluman tambahan, tempahan yang dibayar dalam mata wang Real Brazil (BRL), Rupee India (INR) atau Lira Turkiye (TRY) dikategorikan tidak layak. Tindakan ini mengambilkira pengurusan risiko Airbnb untuk pastikan hos tidak berdepan kerugian kewangan kesan ketidaktentuan nilai mata wang serta peraturan pembayaran tempatan yang dilaraskan negara berkaitan.