Artikel

PTPTN Kini Integrasi MyDigital ID – Sebagai Pilihan Log Masuk Tambahan Pada Aplikasi myPTPTN

Selaras dengan agenda negara, untuk meningkatkan kecekapan dan pengalaman pengguna dalam mengakses perkhidmatan secara atas talian – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini membolehkan kumpulan pengguna untuk mendaftar atau memasuki aplikasi myPTPTN dengan MyDigital ID. 

Usaha kerjasama integrasi akses ini sekaligus memudahkan pengguna PTPTN untuk mengakses perkhidmatan yang tersedia di mana jua. Ini merangkumi perkhidmatan seperti permohonan pinjaman, semak baki pinjaman, tindakan pembayaran semula atau membuka dan menambah deposit pada akaun Simpan SSPN.

Setakat pertengahan Oktober lalu lebih 2.8 juta pengguna Malaysia telah menggunakan myPTPTN secara atas talian. Maka dengan perluasan akses MyDigital ID ini ia dijangka akan meluaskan lagi kumpulan pengguna di pasaran semasa.