Shopee kini menampilkan ciri baharu pada aplikasi kewangan mereka, yang dikenali sebagai ShopeePay Invest iaitu akaun pelaburan yang menawarkan akses kepada dana amanah, yang diedarkan oleh iFAST Capital Sdn Bhd. Di mana ciri ini membolehkan pengguna tempatan sertai arena pelaburan dengan melabur dana permulaan serendah RM10.

Melalui akses ini, para pengguna boleh menyemak, membeli, memantau, menukar, memindahkan, dan menjual pelaburan dana amanah unit melalui aplikasi Shopee. Berdasarkan notis FAQ ShopeePay, terdapat 38 dana ditawarkan oleh 10 syarikat pengurusan aset di Malaysia. Malah pengguna turut miliki pilihan untuk laksana pelaburan pada beberapa kategori merentasi pelbagai kelas aset dan lebih menarik tiada had pelaburan ditetapkan.
Dengan penawaran akses pelaburan ini. Shopee memberi peringatan kepada pengguna bahawa produk pelaburan yang disediakan adalah tidak dilindungi oleh PIDM. Ini bermakna segala tindakan pelaburan di bawah ShopeePay adalah tertakluk kepada risiko pelaburan pengguna sendiri. Namun semua pihak tidak perlu khuatir penawaran produk pelaburanb melalui medium iFAST Capital ini dijelaskan adalah dibawah kawalselia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Buat pengetahuan umum, ciri ini telah mula disediakan secara berperingkat dan akan tersedia secara menyeluruh kepada semua pengguna Shopee mulai 29 Oktober 2025.
Maka dengan makluman tersebut, bagi melandaikan risiko pelaburan, para pengguna Shopee diminta menyemak Prospektus, Dokumen Pendedahan dan Helaian Sorotan Produk bagi sesuatu dana sebelum memulakan pengalaman melabur anda.