Seperti yang dijanjikan pentadbiran Malaysia, bermula 18 Oktober ini agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 akan mula dilaksanakan buat 8.8 juta rakyat negara.
Pembayaran ini dilaksana lebih awal bagi memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk laksana persiapan lebih awal sempena sambutan perayaan Deepavali minggu hadapan. Berdasarkan tindakan itu, peruntukan sejumlah RM2 bilion akan disalurkan dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori.
Jelas Kementerian Kewangan, agihan kali ini akan perlihatkan penyertaan 200,000 pemohon baharu yang telah meraih kelulusan – di mana kumpulan akan menerima manfaat tersebut mulai 13 November kelak. Maka untuk tindakan lanjut, semua pihak terlibat boleh merujuk pada laman rasmi STR untuk ketahui makluman yang lebih terperinci atau laksana permohonan baharu.