Artikel

LRT Laluan Kelana Jaya Kini Terima 27 Set Tren Baharu Bernilai RM1 Bilion – Sasar Khidmat Lebih Cekap

Rapid Rail kini memaklumkan khidmat aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya meraih 27 set tren baharu bernilai RM1 bilion. 

Perolehan ini menurut laporan sekaligus menambahbaik prestasi kecekapan pengangkutan awam laluan Kelana Jaya semasa dan menyokong matlamat kumpulan untuk meraih purata 1.35 juta perjalanan penumpang sehari menjelang Disember 2025.

Lebih menarik, tren baharu tersebut dilengkapi sokongan akses teknologi yang lebih moden bersama kecekapan tenaga yang lebih baik dan reka bentuk dalaman yang lebih ergonomik untuk kemudahan pengguna. Selain perolehan set tren baharu, Rapid KL kini dalam pelaksanaan pemasangan penghadang sementara di platform Amapng/Sri Petaling dan Kelana Jaya untuk tingkatkan lagi tahap keselamatan penumpang daripada isu terjatuh ke landasan. Tindakan ini sementara menanti penyelesaian penuh projek Pintu Platform Automatik (PSD), dijangka raih penyelesaian penuh pada tahun 2027.

Setakat ini, sebanyak 1.028 juta penumpang telah dicapai bagi purata penggunaan harian khidmat tren yang secara langsung telah melepasi sasaran tahunan sebanyak 5% iaitu 992,000 penumpang.