Artikel

Jumlah Kelahiran Hidup Malaysia Kini 414,918 Kelahiran – Jadi Rekod Terendah Sejak 1980

Bilangan kelahiran hidup di Malaysia kini dilihat terus memaparkan penurunan apabila kadarnya jatuh 9% kepada 414,918 kelahiran di negara bagi tahun 2024. Jumlah ini sekaligus menjadi rekod terendah sejak tahun 1980.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini memperincikan situasi itu mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) negara merekodkan penurunan daripada 13.6 kelahiran pada 2023 kepada 12.2 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2024. Dengan Etnik Melayu menyumbang 65.7% (272,718) daripada jumlah kelahiran hidup pada 2024 berbanding 67% (305,494) pada 2023. Kelahiran hidup bagi etnik Cina pula merekodkan peningkatan daripada 9.8% (44,818) kepada 10.8% (44,914), manakala etnik India merekodkan penurunan daripada 4.4% (20,064) kepada 4.3% (17,914) pada 2024.

Sementara mengikut taburan negeri semua negeri memaparkan penurunan CBR pada 2024 berbanding 2023. Di mana Terengganu merekodkan CBR tertinggi dengan 19.3 kelahiran manakala Pulau Pinang pula terendah (10.1 kelahiran).