Artikel

Insentif Baharu Galakkan Penggunaan EV Kini Sedang Dikaji

Bagi mengalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di pasaran Malaysia – kerajaan kini dalam perbincangan untuk meneliti penyediaan insentif alternatif buat pengguna EV. Perihal ini dilaksana susulan penamatan pengecualian cukai ke atas EV import sepenuhnya akan berlaku pada 2026.

Tindakan itu menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada laporan – kajian insentif itu ketika ini sedang disemak bersama Kementerian Kewangan (MOF).

Secara menyeluruh dengan kutipan duti eksais pada tahun 2026, hasil perolehan itu dijangka meningkat 2.3% kepada RM12.79 bilion pada tahun 2026 berbanding RM12.51 bilion untuk anggaran tahun 2025. Jumlah ini untuk makluman didasari akan pengeluaran kenderaan berkaitan.

Sekiranya telah mencapai persetujuan pengenalan insentif baharu, MITI optimis penggunaan EV akan mencapai sasaran pentadbiran iaitu 20% daripada penjualan kenderaan baharu akan diwakili EV menjelang 2030, diikuti 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050.