Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan TERAJU kini telah mencapai persetujuan bersama dengan memudahkan akses pembiayaan pasaran modal kepada pemain Bumiputera perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pertengahan (MTC) negara.
Kesepakatan yang dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) selama 2 tahun ini akan membantu PMKS Bumiputera meningkatkan kutipan dana pembiayaan kepada RM40 bilion pada tahun 2028. Kerjasama ini turut menyokong inisiatif pelan 5 tahun PMKS dan MTC pada pasaran modal dengan membantu meningkatkan keupayaan dua pihak dalam penjanaan modal.
Dengan kebersamaan itu, usaha ini akan membuka laluan baharu kepada syarikat Bumiputera untuk berkembang melangkaui pembiayaan tradisional di pasaran serantau. Ketika ini terdapat beberapa program sokongan telah dilaksanakan antaranya Program Elevate yang membantu PMKS dan MTC perkukuhkan strategi perniagan serta pengurusan kewangan untuk penuhi piawaian pelabur.
Berdasarkan pelaksanaan itu sekitar 20 syarikat Bumiputera kini telah dipilih untuk pelaksanaan kohort sulung Elevate-TERAJU dalam meluaskan penyertaan mereka pada pasaran modal Malaysia.