Pengendali rangkaian kelengkapan kediaman, MR DIY Holding (Thailand) PCL kini terus meluaskan jejak operasi mereka apabila dilaporkan akan disenarai pada Bursa Saham Thailand menerusi penerbitan tawaran awam permulaan (IPO) yang disasar meraih sehingga RM733 juta.
Tindakan ini menjelaskan sejumlah RM470 juta akan disalurkan kepada kumpulan untuk laksana perluasan cawangan, pembiayaan modal kerja dan bayaran balik pinjaman. Sementara baki RM263 juta pula akan dikelola pemegang saham sedia ada MDIH Singapore Pte Ltd.
Semua pihak perlu fahami MR DIY Thailand dan Indonesia adalah operasi berasingan dan bukan anak syarikat kepada MR DIY Group namun keduanya berkongsi pemegang saham utama iaitu adik-beradik pengasas MR DIY Malaysia iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei. Kedua ini memiliki nilai kekayaan sekitar $2.15 bilion dan berada pada kedudukan ke-12 terkaya di Malaysia.
Untuk maklum umum, kedua individu itu merupakan pemegang utama pada rangkaian MR DIY Thailand yang ketika ini miliki lebih 1,000 cawangan di negara tersebut.