Arena e-dagang Malaysia kini telah memaparkan peningkatan pada prestasi pendapatan dengan lonjakan 4.7% kepada RM258.2 bilion bagi rekod tahun 2024.
Kedudukan ini menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memperlihatkan lebih banyak sektor ekonomi meraih peningkatan permintaannya pada sudut e-dagang. Antaranya Pembuatan (51.7%), Perkhidmatan (45.4%), dan Perlombongan dan Pengkuarian (2.6%).

Jumlah guna tenaga pada arena teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga dilihat turut memaparkan peningkatan dengan kini memiliki 1.25 juta individu dengan sumbangan 7.6% kepada keseluruhan guna tenaga di Malaysia.