Danfoss, penyedia hab pengedaran serantau (RDC) milik Denmark kini secara rasminya melantik DHL Supply Chain Malaysia selaku pihak bertanggungjawab menguruskan operasi logistik dan pengedaran syarikat baharu mereka di Malaysia.
Notis lantikan yang dikongsikan bersama Rnggt ini, secara langsung mencerminkan kecekapan DHL Malaysia telah menjadi pilihan Danfoss dalam membantu jenama mengukuhkan perkhidmatan bersama pelanggan dan meneruskan agenda kelestarian di pasaran Asia.
Kepakaran DHL dalam arena logistik, gudang pintar dan miliki rangkaian luas sekaligus dapat menyokong RDC untuk meningkatkan kualiti produk mereka bersama pengguna serantau. Buat pengetahuan, DHL tidak sekadar tertumpu kepada perkhidmatan ekspres antarabangsa tetapi turut memiliki kemahiran pada pengurusan rantaian bekalan industri. Dengan kesepakatan ini ia secara langsung memberi manfaat kepada DHL dalam meraih faedah urusniaga yang lebih besar dan stabil daripada syarikat pembuatan global.