Dalam memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak meraih manfaat yang disediakan – kini kriteria pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan ijazah pertama disemak semula.
Makluman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini menjelaskan tindakan semakan itu adalah penting bagi menilai semula definisi kategori kelas pertama – supaya penawaran pengecualian lebih adil dan seterusnya untuk kumpulan pelajar seterusnya.
Berdasarkan tindakan itu, tindakan pengecualian tersebut kini dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada KPT untuk menyemak semula terma dan syarat yang dilaksanakan dasar tersebut. Dijelaskan pelaksanaan itu akan diteruskan setelah proses semakan itu selesai.
Tindakan penilaian semula ini diperincikan akan merangkumi faktor kualiti, keutuhan akademik, serta keseragaman terma rujukan antara institusi pengajian awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Ini bermakna definisi kelas pertama wajar diseragamkan oleh semua institusi pendidikan tinggi, maka tiada jurang perbezaan yang berlaku ketika pengecualian pembayaran PTPTN diberikan.