Seiring dengan matlamat negara untuk jadi antara 30 ekonomi terbesar, prestasi Malaysia ketika ini memperlihatkan kedudukan yang baik apabila berada di tangga ke-36 di peringkat global dengan KDNK mencapai $422 bilion.
Prestasi yang dikongsi melalui Tinjauan Ekonomi Malaysia 2026 ini jelas didorong akan kesan pembaharuan dasar, pelaburan dalam modal insan, infrastruktur dan teknologi digital dalam industri maju seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) yang dilaksanakan pada tahun ini.
Malah kedudukan sedemikian turut dipacu hasil lonjakan kedudukan Malaysia pada senarai saingan World Competitiveness Ranking (WCR) International Institute for Management Development (IMD) 2025 yang telah meningkat kepada tangga ke-23. Maka dengan pengukuhan tersebut, sasaran menjadi 30 ekonomi dunia teratas dan 12 teratas dalam kelompok daya saing dunia berupaya dicapai sekiranya prestasi ini dikekalkan oleh negara.
Sementara aspek pembangunan insan, Malaysia merekodkan peningkatan dalam skor Indeks Pembangunan Manusia (HDI) kepada 0.819 pada 2025 dan mencatat kedudukan ke-67 pada peringkat global. Selain tumpuan ini, Malaysia turut menambahbaik kedudukan pada persepsi rasuah di peringkat dunia. Ketika ini kedudukan Malaysia kekal di tangga ke-57 dan perlu mencapai skor 68 hingga 70 untuk pastikan negara menambahbaik kedudukan jadi 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah.
