Sejak diperkenalkan pada 2023, dimaklumkan sekitar lebih 3,000 premis makanan di seluruh Malaysia sehingga kini masih kekal menawarkan inisiatif Menu Rahmah pada pasaran negara.
Jelas laporan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini, bagi pengusaha makanan yang berminat untuk menawarkan menu sedemikian dan meraih kad diskaun pembelian barangan disarankan untuk berdaftar bersama KPDN. Seperti umum ketahui, semua pengusaha yang terlibat perlulah mematuhi piawaian set makanan yang digariskan terutamanya menawarkan set hidangan yang seimbang tidak lebih RM5.00 per set.
Selain premis makanan di pasaraya, penawaran Menu Rahmah ini turut tersedia pada kategori premis seperti restoran, kafe, restoran khidmat makanan segera serta medan selera dan gerai. Lebih menarik inisiatif skim Menu Rahmah ini turut diperluas pada pelbagai sektor meliputi di hospital, institusi pendidikan dan bazar ramadan.
Adanya sokongan berterusan ini, ia sekaligus akan memberi pilihan makanan yang mampu milik semua lapisan masyarakat negara.