Artikel

Belanjawan 2026: Had Pengeluaran KWSP Untuk Haji Dinaikkan Kepada RM10,000

Pembentangan Belanjawan 2026 ini turut perlihatkan berlakunya perluasan had dari aspek pengeluaran – antaranya kerajaan bersetuju untuk tingkatkan had pengeluaran KWSP bagi tujuan menunaikan ibadat Haji kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.

Pelarasan itu secara langsung meningkatkan lagi aliran tunai pencarum untuk menunaikan ibadat Haji mereka melalui simpanan KWSP.

Malah, untuk penjawat awam pula kerajaan turut meluaskan kemudahan pengeluaran awal GCR kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta untuk tindakan menunaikan ibadat Haji.