Berita baik buat kumpulan ibu bapa dan penjaga – kerajaan kini bercadang untuk memberi pelepasan cukai pendapatan individu RM3,00 ke atas bagi perbelanjaan yuran taska dan tadika untuk kanak-kanak berusia sehingga 6 tahun.
Langkah ini turut diperluaskan kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar bagi anak-anak yang berusia sehingga 12 tahun. Di mana berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.
Usaha ini sekaligus memberi sokongan perbelanjaan dan penjimatan kos kepada kumpulan penjaga tatkala berdepan tekanan kenaikan harga yuran di pasaran semasa.