Artikel

Bilangan Penduduk Bekerja Di Malaysia Terus Melonjak – Hampir 17 Juta Indivdu

Bilangan penduduk bekerja di Malaysia dilihat terus meningkat dengan pertambahan 39,100 orang kepada 16.99 juta individu setakat Ogos 2025.

Pertambahan ini sekaligus menunjukkan keupayaan ekonomi semakin positif disusuli aliran peluang pekerjaan yang lebih luas turut berlaku dalam pasaran Malaysia. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini antaranya didorong oleh sektor runcit, maklumat dan komunikasi, perkhidmatan makanan serta perkhidmatan penginapan.

Berdasarkan taburan kategori pekerjaan, didapati 12.73 juta daripada jumlah tersebut adalah kumpulan pekerja, sementara bekerja sendiri (3.22 juta individu), pekerja keluarga tanpa gaji (464,100 individu) dan majikan (572,200 individu).