Artikel

KWSP: Jumlah Simpanan Kini Cecah RM1.31 Trilion, Namun Hanya 23.9% Pencarum Capai Simpanan Asas

Setakat 31 Ogos 2025, didapati jumlah keseluruhan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mencapai 16.5 juta orang dengan simpanan RM1.31 trilion. Jumlah ini meningkat 9.9% berbanding jumlah simpanan RM1.2 trilion pada 2024.

Daripada jumlah tersebut seramai 9 juta (55%) pencarum KWSP adalah ahli aktif dengan jumlah simpanan RM1.07 trilion. Namun berdasarkan tempoh itu, hanya 23.9% daripada keseluruhan ahli KWSP didapati telah mencapai tahap simpanan asas tersebut. Secara amnya tahap kecukupan simpanan asas ahli adalah RM240,000 pada usia 55 tahun.

Data ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen antaranya didorong beberapa faktor seperti struktur gaji yang rendah, umur yang layak pengeluaran tidak sama dengan paras usia pencen Malaysia, caruman yang tidak konsisten dan kadar celik kewangan yang rendah kalangan pekerja negara sekaligus telah membentuk peratusan sedemikian.