Artikel

Prestasi Ekonomi Malaysia Dijangka Perlahan, Capai 4.1% Pada 2026 – Bank Dunia

Sebagaimana yang disasarkan sebelum ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal di paras sederhana susulan perkembangan perdagangan dikekalkan sekitar 4.1% pada tahun 2026. 

Momentum ini menurut makluman Bank Dunia didorong akan prestasi perdagangan global yang kekal tidak konsisten. Selaku negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka – secara langsung akan memberi kesan kepada aliran perdagangan Malaysia. Perihal ini antaranya disesbakan isu tarif Amerika Syarikat (AS) dan China.

Biarpun berdepan risiko sedemikian, pertumbuhan Malaysia kekal aktif disokong hasil perbelanjaan isi rumah, pelarasan gaji minimum yang lebih baik serta insentif tambahan kerajaan melalui bantuan tunai dan keperluan asas kepada rakyat negara.

Namun Malaysia kekal diberi peringatan untuk berwaspada akan ketidaktentuan ekonomi global semasa. Secara mudahnya, sekiranya berlaku penurunan pada kadar pertumbuhan AS, perihal ini berupaya memberi kesan kepada pengurangan pertumbuhan Malaysia sebanyak 0.8%. Ini termasuklah China, jika berlakunya penurunan pertumbuhan – situasi ini akan menjejaskan sekitar 0.45% pada pertumbuhan Malaysia.

Memahami potensi pertumbuhan tersebut, Bank Dunia menyarankan agar kerajaan Malaysia memberi fokus utama pada pengagihan kewangan dan mengukuhkan hasil negara untuk menampung risiko di pasaran hadapan.