Artikel

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain – Selari Tumpuan Pelabur Pada Belanjawan 2026

Aliran Ringgit kini dilihat terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada pembukaan hari ini. Prestasi ini didorong susulan pemerhatian potisif menjelang pembentangan Belanjawan 2026.

Menurut notis Bank Muamalat – pembukaan mata wang tempatan pada jam 8 pagi ini, prestasi telah meningkat kepada 4.2075/2260 berbanding dolar AS daripada 4.2125/2155 ketika ditutup semalam. Dengan persekitaran itu, dagangan hari ini berpotensi berlaku pada lingkungan yang kecil susulan pelabur mengambil langkah lebih berhati-hati akan tumpuan bajet negara.

Tidak hanya itu pengukuhan ini menurut Kenangan Investment Bank turut dapat dilihat pada prestasi rizab antarabangsa yang telah meningkat kepada $123.6 bilion pada September lalu. Paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun ini sekaligus membawa nilai tambah kepada kedudukan mata wang tempatan.

Secara menyeluruh, prestasi Ringgit telah memaparkan peningkatan secara berkala selama 8 bulan berturutan dan menjadi antara mata wang yang miliki prestasi terbaik kalangan pasaran ASEAN-5.