Sekiranya sebelum ini hanya visa umrah dan visa pelancong sahaja dibenarkan untuk membolehkan pengunjung laksana ibadah umrah – kini Arab Saudi membenarkan semua pemegang jenis visa untuk menunaikan ibadah umrah di negara tersebut kecuali pada musim haji.
Akses ini mengikut laporan termasuklah visa lawatan peribadi, keluarga, visa transit, visa kerja dan pelbagai jenis visa lain.
Perluasan akses ini adalah langkah strategik Kerajaan Arab Saudi yang selari dengan Wawasan Saudi 2030. Objektif utamanya untukĀ memudahkan prosedur jemaah umrah dan tambah baik akses perkhidmatan sistem Haji dan Umrah di Arab Saudi. Walaupun akses visa telah diperluaskan, semua jemaah masih diwajibkan untuk memohon permit umrah terlebih dahulu.
Permit ini perlu diperoleh menerusi aplikasi digital rasmi, iaitu Nusuk, bagi tujuan penetapan waktu ibadah. Langkah ini penting untuk memastikan pelaksanaan ibadah umrah berjalan dengan lebih teratur dan mengelakkan sebarang percanggahan masa.