Artikel

Prestasi Kewangan Kerajaan Papar Kemajuan, Defisit Turun RM12.224 Bilion – Bagi 2024

Tahun lalu menunjukkan prestasi kewangan kerajaan Persekutuan alami kemajuan yang lebih baik, disusuli aliran defisit lebih rendah dengan penurunan RM12.224 bilion mewakili penurunan 4.1% kepada RM79.166 bilion berbanding RM91.390 bilion pada tahun 2023.

Pemaparan data di bawah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang diterbitkan hari ini menjelaskan pencapaian itu sekaligus bertepatan dengan matlamat negara untuk meraih paras defisit di bawah 3%. Selain prestasi itu, kedudukan kewangan negara melalui jumlah Wang Awam pula dilihat lebih baik dengan perolehan RM65.943 bilion. Ini meliputi jumlah wang tunai sebanyak RM28.196 bilion dan pelaburan pula RM37.747 bilion.

Sementara hasil cukai negara pula turut perlihatkan peningkatan ketara kepada RM171.693 bilion namun aliran cukai pendapatan papar penurunan 0.5% berbanding tahun 2023. Dan berdasarkan semakan tersebut perluasan audit telah dilaksanakan ke atas 1,856 badan lain termasuklah syarikat menerusi sistem e-SelfAudit.

Manakala semakan juga dapati terdapat beberapa isu utama wajar diteliti oleh kerajaan Persekutuan – antaranya melibatkan RM115.96 juta anggaran hasil tambahan yang boleh dikutip melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Diikuti RM54.51 juta penalti didapati tidak dikenakan ke atas senarai kelewatan pembekalan kenderaan kerajaan. Berlandaskan ketirisan itu, Ketua Audit mengesyorkan agar kementerian terlibat untuk kemaskini semula tindakan, agar tiada kelompongan pada pengurusan dana pentadbiran.

Untuk ketahui lanjut, semua pihak boleh merujuk pada laman Jabatan Audit Negara bagi perincian selanjutnya.