Selari dengan kejayaan meningkatkan indeks literasi kewangan kalangan rakyat Malaysia melebihi 13% dalam tempoh 5 tahun sebelum ini – kelak Pejabat Koordinasi Kebangsaan akan dibangunkan dan dijangka mula beroperasi pada Januari 2026 bagi melanjutkan usaha Malaysia dalam membentuk tahap pengetahuan kewangan yang lebih baik kalangan rakyat negara.

Adanya penubuhan hab di bawah Financial Education Network (FEN) ini, ia sekaligus akan membantu pentadbiran negara memikul peranan perluasan pendidikan kewangan secara menyeluruh. Biarpun lebih ramai rakyat Malaysia mula sedar akan kepentingan pengurusan kewangan namun 31% kekal bimbang akan keupayaan mereka menampung perbelanjaan ketika fasa pencen dan sekitar 26% rakyat turut akui miliki tahap hutang berlebihan kesan pelbagai pinjaman, termasuklah penggunaan BNPL.
Usaha lanjutan ini menurut notis Bank Negara Malaysia (BNM) pada pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026-2030 pada minggu lalu – akan memperlihatkan kebersamaan BNM merentasi 45 organisasi termasuklah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) da Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).