Artikel

AirAsia Pertimbang Beli Pesawat China COMAC

AirAsia kini mengesahkan pihaknya dalam proses rundingan bersama pengeluar pesawat China, untuk tindakan memperolehi pesawat kecil bagi segmen penerbangan. Tindakan itu dijelaskan melibatkan perbincangan bersama Commercial Aircraft Corporation  of China (COMAC). 

Namun tindakan itu mengikut laporan bagaimanapun akan diumumkan setelah AirAsia meraih penyelesaian pada proses penstrukturan semula operasi kumpulan pada tahun ini. Dijangka selepas tempoh 2 bulan mendatang. Dengan pertimbangan itu, ini dilihat selari dengan matlamat COMAC untuk meluaskan produk pesawatnya di pasaran antarabangsa, yang ketika ini didominasi Airbus dan Boeing.

Selain COMAC, AirAsia juga dimaklumkan dalam pertimbangan untuk membeli pesawat Embraer E2 iaitu keluaran firma dari Brazil. Secara menyeluruh, AirAsia kini memiliki armada dengan 255 pesawat dengan hampir keseluruhannya adalah Airbus.