Artikel

Stesen LRT Bandaraya Kini Dijenamakan Semula – Kepada Stesen LRT Bandaraya – UOB

Hasil peralihan hak penjenamaan stesen pengangkutan awam, kini stesen tren transit aliran ringan (LRT) Bandaraya diumumkan telah alami perubahan kepada nama stesen LRT Bandaraya -UOB. 

Perubahan yang berkuatkuasa pada hari ini menurut notis bersama Rnggt, sekaligus memperincikan United Overseas Bank (UOB) telahpun melaksanakan perkongsian hak penamaan dengan Prasarana. Di bawah inisiatif ini secara langsung akan memberi nilai tambah kepada Prasarana dengan menjana pendapatan bukan tambang kepada operasi.

Biarpun tidak mendedahkan sebarang amaun perjanjian, insiatif ini menurut UOB selaras dengan penubuhan operasi di kawasan tersebut sejak tahun 1984 selain menjadikan ia sebagai simbolik kepada hab transit yang diubah menjadi mercu tanda bersama sokongan UOB Malaysia. Dengan langkah ini ia sekaligus turut akan membantu ekosistem pengangkutan awam negara dalam memaksimumkan sumber serta tambahbaik kualiti perkhidmatan bersama pengguna.