Artikel

Pembayar Cukai Disaran Kemaskini Alamat E-Mel, Untuk Raih Notifikasi Potongan Cukai Bulanan – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini memaklumkan notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) dilaksanakan melalui e-mel kepada kumpulan pembayar cukai. Tindakan ini sekaligus memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa potongan cukai oleh majikan telahpun diremitkan, dan dikreditkan ke dalam lejar cukai masing-masing.

Usaha ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara LHDN dan pengguna.

Oleh itu semua pembayar cukai dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini alamat emel di portal MyTax bagi memastikan perolehan makluman PCB diraih secara berkala. Untuk semakan bayaran PCB pula, pembayar cukai boleh teliti bahagian tersebut dengan mengakses akaun cukai di portal MyTax pada pautan Lejar.