UNESCO, Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan PBB kini secara rasminya telah mewujudkan muzium maya pertama di dunia bagi mempamerkan objek kebudayaan yang telah dicuri pada paparan awam.
Muzium yang dilancarkan pada MONDIACULT 2025 ini direka dengan menggunakan teknologi seperti permodelan 3D dan realiti maya kepada pengguna. Usaha itu sekaligus tidak sekadar memaparkan artifak yang telah hilang tetapi turut memulangkan semula kepada negara asal yang terlibat.
Dengan kerjasama Interpol, semua pengguna boleh mengakses muzium ini pada bila-bila masa dan sebagai perincian terdapat lebih 200 artifak yang akan diperincikan buat tatapan umum. Matlamat utama UNESCO adalah untuk menjadikan isu pemerdagangan haram sebagai perhatian global, di mana setiap paparan artifak yang dicuri bukan sahaja meningkatkan kesedaran awam, tetapi juga mengukuhkan advokasi dan usaha untuk memulangkan objek-objek ini kepada pemilik sah mereka.