Artikel

Malaysia Sasar Pasaran Eksport Buluh Global Capai Nilai Lebih RM300 Bilion

Selaku penyumbang ketiga terbesar komiditi di Malaysia – industri buluh dijangka dapat menjadi antara pemacu produk negara pada pasaran hadapan, dengan nilainya eksportnya dijangka mencapai hampir $75 bilion pada tahun ini.

Menurut notis Kementerian Perladangan dan Komiditi, setakat ini negara memiliki lebih 70 spesies buluh tempatan. Dengan kelebihan tersebut adalah wajar untuk sektor ekonomi memanfaatkannya untuk menjana produk bernilai tambah tinggi di pasaran antarabangsa.

Potensi ini selari dengan pengenalan Model Ladang Buluh, Terengganu Timber Industry Training Centre yang dilancarkan minggu ini – yang bertindak menjadi rujukan semua pihak komersial buluh akan potensi di pasaran hadapan kelak. Adanya perluasan akses sebegini, ia tidak sekadar menjadikan buluh sebagai sumber ekonomi baharu negara tetapi turut menjadi potensi pendapatan yang lebih baik buat penduduk luar bandar pada tindakan aktiviti penanaman, penuaian dan pemprosesan buluh.