Memahami keperluan kapasiti minyak melebihi penggunaan 300 liter sebulan – kerajaan kini bersetuju untuk memberi pemandu seru-pandu sepenuh masa dengan had kelayakan tambahan dan penambahan had subsidi RON95 (BUDI95) akan diberikan sebelum pertengahan bulan iaitu mulai 15 Oktober 2025 ini.
Menerusi inisiatif ini, pemandu seru-pandu dijelaskan tidak perlu memohon secara individu. Ini kerana kerajaan akan berurusan dengan Syarikat Pengendali e-hailing (EHO) untuk membuat permohonan secara berkelompok bagi penambahan kuota tersebut.
Selain kumpulan pemandu seru-pandu – perluasan kuota ini turut akan diberikan kepada warganegara yang merupakan pemilik bot berdaftar tanpa perlu miliki lesen yang sah. Kerajaan Persekutuan menjelaskan kerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan sedang diteliti untuk mengenalpasti kumpulan pemilik bot terlibat.
Secara menyeluruh, mengikut notis MOF – penggunaan subsidi RON95 telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan setakat jam 6 petang hari ini, jumlah pembelian telah merekodkan transaksi bernilai kira-kira RM84.2 juta. Maka dengan penambahan kuota bersama kumpulan pengguna komersial ini dijangka akan merancakkan lagi penggunaan BUDI95.