Exxon Mobil kini dilaporkan dalam pertimbangan membuang sehingga 4% tenaga kerja globalnya melibatkan sekitar 2,000 pekerja.
Pengurangan tenaga kerja ini menurut laporan Bloomberg, adalah sebahagian tindak balas kumpulan dalam menstrukturkan semula operasi bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Ketika ini syarikat minyak tersebut telahpun melaksanakan langkah menggabungkan hab kecil pada pusat-pusat serantau. Dan berdasarkan makluman itu, setakat ini diperincikan sekitar 15% tenaga kerja di Singapura akan terkesan dengan langkah tersebut.