Tatkala semakin ramai penduduk Malaysia mula sedar akan kepentingan mengurus kewangan, masih terdapat juga sebilangan besar rakyat Malaysia yang kekal berdepan tekanan kewangan – antaranya kalangan rakyat berpendapatan sederhana, hanya 23% (RM5,000-RM10,000) akui mampu menyimpan antara RM1,000 sehingga RM1,500 sebulan.
Data di bawah tinjauan RinggitPlus Celik Kewangan Malaysia (RMFLS) 2025 ini mendedahkan kategori ini menjadi satu-satunya kumpulan pendapatan yang melaporkan penurunan kadar simpanan berbanding 29% pada 2024.

Kesan daripada penyusutan kapasiti simpanan ini, beberapa tindakan telah dilakukan untuk mengimbangi kuasa tunai mereka – antaranya dengan mengurangkan perbelanjaan hiburan, makan di luar, dan langganan untuk menguruskan bajet peribadi mereka. Lebih membimbangkan, 27% akui mereka boleh bertahan sekitar lebih 6 bulan sahaja tanpa pendapatan berbanding 32% pada data tahun lalu.
Selain perolehan data kumpulan gaji sederhana, ini antara dapatan lain yang turut diraih melalui RMFLS2025:
- 55% pengguna berpendapatan bawah RM2,000 – telah mula merancang dana persaraan
- 40% pengguna berpendapatan rendah masih tidak memahami kepentingan skor kredit
- 36% pengguna berpendapatan rendah akui elak guna BNPL secara aktif, untukkawal aliran hutang
- 40% Gen Z akui menyimpan lebih RM500 sebulan dengan 57% telah mula rancang dana persaraan
- 62% Gen Z manfaatkan akses digital seperti aplikasi pelaburan, penasihat-robo untuk bantu urus aliran kewangan
- Kesan inflasi – 22% pemegang polisi insurans dan takaful telah beralih kepada pelan lebih murah